Sisi Positif

Heyyyy guyssss,

Remember me? Ngahaha (ketawa orang lupa diri).
Okay sebenarnya aku ada sangat banyak idea utuk blog. Tapi apa boleh buat, cemburu betul masa dengan aku. Nak korek hidung pun tak sempat.

Oh ya, selamat berpuasa kepada muslimin muslimat!
Harini aku nak cerita hal berkaitan Islamik sikit sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Bulan lepas aku ke ibu negara atas urusan peribadi. Aku dan beberapa orang kawan ke sebuah mall terkemuka bagi menjalankan urusan tersebut. Tipikal weekend, manusia melimpah ruah luar dan dalam. Lalu tiba waktu zuhur bagi kawasan Kualau Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kami bergilir ke surau mall. Mashaallah manusia.. Ramai bangat. Setan pun bisik suruh qado je nanti balik rumah, hahahah.

Tapi walaupun ramai manusia, masih agak selesa solat di situ. Takde bau hanyir simen basah. Takde bau kepam telekung yang diguna pelbagai orang. Alhamdulillah itu pun aku dah syukur sangat! Selesai solat, kami pun kembali ke kafe tempat berurusan dengan riang. Pejam celik pejam celik dah sampai hujung-hujung waktu asar. Amboi lama betul urusan di situ sampai staff kafe pun menyampah agaknya.

Sekembali ke surau. Ya ampunn masih ramai dan berpusu orang dalam tu. Aku tergelak kecil bila dengar kawan aku cakap "memang orang datang sini untuk beribadat je ke?" Agaknya mereka pun macam kami, sedaya upaya usaikan solat asar sebelum berangkat keluar dari mall.

Kemudian kami ke sebuah lagi mall untuk meneruskan urusan. Sampai situ dah maghrib hujung-hujung. Terus ke surau dan.. Ya Allah lagi ramai dari tadi. Tak tau lah sebab kapasiti surau yang kecik atau apa tapi aku nyaris nak Clausthorophobia, hahahaha. Solat pun tak sempat aminkan doa orang dah mintak telekung.

Dalam menghadapi situasi di atas mestilah aku mengomel dalam hati juga secara zahir pada yang sudi mendengar. Tapi bila difikirkan semula pengalaman tu, aku jadi seronok.

Aku sepatutnya rasa seronok tatkala membuka pintu surau dan terlihat aku akan limpahan umat manusia yang beratur untuk berwudhuk.
Aku sepatutnya rasa seronok bila 'berebutkan kain telekung wakaf surau. 
Aku sepatutnya rasa seronok bila pakai tudung pun main agak je sebab cermin penuh dengan wajah-wajah para muslimat lain.
Sebab? 

Alhamdulillah masih ramai umat Islam yang memegang Lima Waktu. 
Tak lupa solat walau dalam kesibukkan metropolis. 
Tak lupa solat walau menjinjing beg kertas yang pelbagai.
Tak lupa solat walau masih belum tergerak hati menutup aurat dengan sempurna.
Tak lupa solat walau sedang spend time dengan buah hati pengarang jantung.

Jika ditakdirkan tiap surau kosong, aku pasti aku gembira waktu tu. Tapi aku rasa kegembiraan aku tu takkan bertahan lama..

Jadi guys, penuhkan lah setiap surau!! 

8 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Seronok kan pemandangan tu kalau dkenang. Masa tgh mengalami tu lain cerita. Hehe..

    Lagi satu, yg solat kat surau2 mall tu pn termasuk mereka yg blm berhijab n ada yg melenggang masuk pakai skirt, gi amik wudhuk, pkai telekung, solat.

    So we should not judge them just because they dont cover up ye dak.

    Cuma doakan mereka terbuka hati nk tutup aurat dgn lebih baik n doakan diri sniri utk xrasa sniri lg bagus dari dorg.

    ReplyDelete
  2. betul apa yang kau cakap. Aku baru terfikir ni ha. Positifnya! Alhamdulillah, kau telah mengubah perspektif aku.

    Aku kalau orang ramai kat surau and dah nak hujung waktu, aku akan marah pada yang makeup atas sejadah! Sedangkan dah tau bila orang ramai, doa pun kena pendekkan sebab yg di belakang nk tunaikan yang wajib, doa bebila bboleh, inikan pulak makeup -,-. Sesetengah manusia mmg tkde common sense.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu elakkan situasi sesak kt surau mall dengan keluar ke mall pada waktu2 tertentu .. haha... Tp kalau dah tak ada pilihan, nak buat mcm mana. Hadap je la.

    ReplyDelete
  4. Tambahan pula sekarang bulan puasa ramai orang ke mall untuk beli baju raya, of course surau selalu sesak. Ahaha

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... selamat berpuasa Zyra!

    ReplyDelete
  6. bestkan bila surau semua penuh....

    ReplyDelete
  7. Happy jgk baca info dari u zyra...Boleh tak cmtu hehe

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape