Kapal Terbang Kertas

Hey guys.

Aku bersekolah rendah di kawasan luar bandar. Jadi banyak aktiviti-aktiviti dan rancangan motivasi diadakan oleh pihak universiti di sekolah aku. 

Menjelang tahun aku UPSR, berpusu-pusu pihak universiti menghantar pelajarnya untuk memotivasikan kan kami. Dua kali kami dimotivasikan oleh student dari Universiti Sains Malaysia (USM), iaitu semasa kami darjah 5 dan 6 (sebab tu agaknya aku masuk USM).

Aku nak cerita pengalaman di hari terkahir kem motivasi. Seperti biasa semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan seorang abang/kakak USM sebagai mentor (or whatever it is called). Kami berkumpul secara berkumpulan. Buat bulatan gembira dengan kakak USM berada di tengah. Bercerita, memotivasi. Dan ditakdirkan jugak aku sekumpulan dengan pelajar-pelajar nakal sekolah. Jadi aku tak berapa nak berinteraksi sangat, bukan sebab aku berlagak tapi diorang yang taknak layan aku (sniff). 

In the end kakak USM tu bagi sorang sekeping kertas A4 dan suruh buat kapal terbang kertas. Aku mula menggelabah, aku tak reti! (sampai sekarang pun aku tak reti)

"Haaa kakak tahu kamu semua budak kampung kan? Mesti semua pandai buat kapal terbang kertas. Tak payah lah kakak ajar lagi, heheheh"

Celaka apa, cenggini ke motivasi? Hahahaha.. aku pandang kiri kanan cuba-cuba meniru kawan-kawan tapi cepat benar diorang melipat sup-sap-sup-sap dah jadi. Meninggalkan aku terkebil-kebil sendiri. Apa jenis budak kampuang aku ni? Kenapa Abang Chik tak pernah ajar aku? Apasal kakak tu tak suruh aku buat senapang ke, lastik ke, tu baru budak kampung! 

Tiba-tiba, Mukhsin, budak paling nakal syaitonirojim menyapa aku dengan ganasnya:

Hoi! Awat tak buat lagi?!
A..aku tak reti..
Ceh, mai sini!! (merentap kertas di tangan aku)

Dalam sekelip mata aje dia melipat dan taraaa jadilah kapal terbang kertas. Walaupun tak secanggih kapal terbang yang dia buat untuk diri sendiri (siap ada peluru berpandu) tapi aku happy gilaaa. Takdelah aku memalukan diri sendiri di depan pelajar lain dan kakak USM. Kemudian kakak USM tu suruh kami berdiri dan melancarkan kapal terbang kertas secara berjemaah. 

"Anggap kapal terbang tu sebagai satu kapal yang bakal membawa kamu ke masa depan.."

Walau kapal terbang aku tak secantik yang lain, tapi ia antara kapal yang terbang jauh...
Aku tersenyum sambil menoleh ke arah Mukhsin yang sedang mengorek hidung sambil bermuka bosan.

Apa tengok-tengok?!!

Jilake Mukhsin tak accept friend request aku di Facebook.
Tercalar betul ego seorang Zyra.


Thanks Mukhsin  

52 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Mukhsin mukhsin.. agak senpai perangai dia tolong lipatkan paper plane untuk ko zyra. Lebih senpai lagi dia x approve friend request. Mukhsin adalah cool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeeee..mukhsin sangat cool..aku sokong.. UvU

      Delete
    2. hahahaha tolong terangkan konsep senpai jap Day T_T

      Delete
    3. Lee-kun sampainya hati mung~ T_T

      Delete
    4. Ciri-ciri seorang senpai:-
      1) Lebih tua - rasanya Mukhsin tak masuk kategori ni
      2) Lebih terer dari kau - Haa ni macam Mukhsin sikit-sikit kalau kita amik dari segi ketereran buat paper plane
      3) someone who will never notice you - Hahahaha Mukhsin.. Mukhsin.. ignore je friend request ko.. savage!

      Ni kurang lebih la ciri-ciri seorang senpai..yehet

      Delete
    5. Definisi ke-3 tu sngt tepat dalam konteks ni.. UvU

      Delete
    6. Kahkahkah tergelak aku baca ciri-ciri senpai :))
      thnx Day, u rawks!

      Delete
  2. Uit...style artwork dah sedikit berubah, menjadi semakin matang barangkali..ehehe..XP

    Aku pun x sure aku reti lipat paper plane ke x..hahaha.. Abaikan..lalalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha bila dtg mood jiwa-jiwa mmg begitu perginya Lee

      aku dulu reti lipat kertas buay perahu je, sekrg itu pun dh lupa :3

      Delete
    2. Akuuuuu...perahu memang x reti lipat..hahaha..bila member pandai lipat, siap buat bumbung2 bagai, aku jadik jakun jap kat situh..hahaha..

      Okkkkkk.. nila masanya seorang senpai handsome datang rampas kertas dari aku dan tolong lipatkan kertas tu menjadi perahu untuk aku..hhhhmmm..cepatla datang.. UvU

      Delete
    3. Kahkahkah imganasiiiiii kenmahen!

      Delete
  3. mukhsin hahaha teringat cerita mukhsin tetiba. cool gila mukhsin tolong lipatkan kapal terbang kertas :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah apesal semua org anggap dia cool :3

      Delete
  4. Tak payah la. Org yg korek hidung lepas buatkan kau kapal terbang kertas ni jgn dilayankan sangat. Kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah dia dh ada anak bini Kon, aku cuma nk cari kenalan lama :))

      Delete
    2. tetiba wak teringat berita "Reunion sekolah penyebab Salih Yaakob cerai bini no 2 yg berusia 55 tahun," - Utusan

      Delete
    3. Hahahaha apa kaitannya wakkk! Aduii

      Delete
    4. Hahahaha mungkin Mukhsin takut tersangkut plak kat awam.. ngeeeee XD

      Delete
  5. Dan Mukhsin menangis depan laptop sambil cakap. Maafkan aku zygha.. aku dah kawenn. XD HUAHAHAHA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kawen pun accept jela friend req aku, hahaha

      Delete
    2. maybe la, maybe... bini dia jenis monitor friend list dalam fb acc dia, so demi mengelakkan sesuatu situasi yang tidak diingini berlaku, baik dia tak accept je, maybe... kah! :3

      Delete
    3. hahahah alah berkira lah bini dia tu, pengaruh drama tv ><

      Delete
  6. hahahaha. biar btol xreti. >.< tak sgka. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha saya tak sekreatif mana pun awaa

      Delete
  7. hahahahaahaa.... agak nye mohsen masih teringat lg tragedi kapal terbang kertas..
    (cisss... taguneeeee...!!!..cemana dia punya boleh pegi jauh dari aku punya yg canggeh ni..!!!..)

    sbb tu lah dia x nak accept... heheheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha agaknya lah kan? Wahahahaha pendendam betul ><

      Delete
  8. Haha..ni mukhsin yg dlm movie tu ke? No wonder la dlm iklan tu dia boleh terbang terapung2. Rupanya pakar buat kapal terbang masa kecik2. Hahaha..

    Btw, memang cool la mukhsin tolong buatkan kapal terbang. Mana nk cari lelaki yg sanggup cipta kapal terbang utk kau. Rare tu...kau je yg x cool sbb x reti.kahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha jimbit je Bro ckp aku tak cool. Aku tak retu jal remeh temeh tu, aku reti buat pistol senapang lastik haaa itu namanya budak kmapung, ceit.

      Delete
  9. Satu jenis kapal terbang kertas je yg sy tahu buat.
    Nasib baik jenis tu jenis yg boleh terbang jauh. Hahahaha

    Hey, kalau Mukhsin tak aaprove friend request, message laa dia suapaya dia dapat ingat siapa yg request. Tak rugi pon ada tambah friend sorang lagi. Mana tau jodoh. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn... message dia, Zyra!
      Kami sokong dari belakang XD

      Delete
    2. Merepek apa jodoh2 ni, dia dh kawen anak dua orang daa. Hahahaha

      Delete
    3. Hahaha... lorrrrrrr... :D

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. Mukhsin tuuu mcm hero penyelamat >v< dan seorang pendendam bila taknak approve friend request .. huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero lah sgt, hahahaha! Agaknya apa yg didendamkan tu :3

      Delete
  11. kau tak tulis apa2 ke kat kapal tu jira. kalau aku, aku tulis, akak USM kerek. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kau ckp ni baru aku ada idea weh, sygnya dh terlambat tujuhbelas tahun, hahahaha

      Delete
  12. Hahahaha.. takpe. Meh sini saya buatkan kapal terbang kertaih untuk awak. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sy nk yg ada peluru berpandu! *Hulur kertas*

      Delete
  13. Kita pun tak reti buat kapal terbang kertas --"

    ReplyDelete
  14. dulu gua reti gak buat perahu n kapal terbang kertas, sekarang dah lupa camna nak lipat ( "^ w ^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah alah ingatkan lah balik P, dia ala2 seni origami gak kan. nnt leh buat entri ^w^

      Delete
  15. Mungkin itu Mukhsin pelanduk dua serupa, tu pasal dia ignore kot.

    Oh! kalau macam tu Mrs. A memang gadis kampung original sebab pandai buat kapal terbang kertas dan juga kapal kertas muahhhaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha mustahil sbb ramai mutual friends sekolah.

      wahhh, buatkan tuto plis :3

      Delete
  16. aku reti lipat kapal terbang, tapi tak terbang2. erghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal, kapal ko berat sangat kot? >_<

      Delete
  17. Hahaha. Oi senang je la buat kapal terbang kertas >_<

    Mukhsin memang ego orangnya. Hmmm. Jap aku confuse. Subject matter entry kau ni kapal terbang kertas ke Mukhsin?

    ReplyDelete
  18. Kapal terbang kertas ni ada 2 je ending dia.
    kalo x landing dia terhempas.
    xreti buat maknanya selamat dari risiko terhempas.

    ReplyDelete
  19. awwww..tetiba cerita pasal mukhsin. hehehe...cinta zaman puppet ke? eh..puppy laa..hahaha!!

    ReplyDelete
  20. I syok kat u

    -ayam afrika-

    ReplyDelete
  21. ada dua benda sweet dalam cerita ni. Pertama, mukhsin tolong lipatkan kapal terbang. Kedua, masa depan zyra cerah. cewah~~~ huhu..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape