Hey,
Buat yang tak kenal aku secara mendalam, aku ni sebenarnya seorang gadis bertudung, bukan seorang gadis berambut biru. Tapi itu tak bermakna aku tak ambik berat perihal mahkota kedua aku tu. Aku jaga dia sama jugak macam perempuan free-hair jaga rambut mereka. Ada jugak suara sumbang yang mengatakan buat apa lah nak jaga rambut lawa-lawa tapi pakai tudung, bukan ada sapa nampak pun? Bagi aku pakai tudung tu sebab nak tutup aurat, bukan sebab nak cover rambut yang tak lawa.
Anyway, sebelum ni memang aku lepas bebaskan rambut aku time tido. Tapi sejak aku terbaca satu artikel tu yang aku tak ingat dekat mana, aku start sanggul rambut time tido. Alah, sanggul serupa perempaun dalam pantang tu, ufufufu. Dan hasilnya? Sangat memuaskan!
Sanggul dapat membantu memerangkap kelembapan pada rambut. Bila rambut lembab, rambut akan jadi ‘berat’ dan terletak elok. Kalau rambut kering tulah yang buat dia mengerbang. Kelembapan maksud aku kat sini bukalah dari air, tapi dari rambut tu sendiri (dari conditioner/minyak etc). Nanti karang kau pergi sanggul lepas mandi pulak tak pepasal lain jadinya.
Sebelum tidur, sapukan krim/minyak (aku prefer minyak dari Loreal Paghis) then ikat/sanggul rambut ikut keselesaan dan tido. Lagi satu, dengan mengumpulkan semua rambut ke atas kepala, secara tak langsung akan menaikkan akar rambut ke atas semasa kita tido, jadi rambut akan bertambah volum keesokkan harinya.
Selepas bangun tido, bukak ikatan dan taddaaaaaa! Terlihat seorang gadis berambut ikal mayang mengurai cantik instead of langsuir di hadapan cermin.
Oh, by the way, rambut aku dalam kategori ikal mayang atau wavy hair. Maknanya rambut aku takdelah lurus sangat, ada jugak bengkoknya tapi takdelah kerinting sangat, ada jugak lurusnya pendek kata bagi aku, it just nice. So, kalau kau orang kategori rambut lain, aku tak berani nak jamin hasilnya macamana but it worth a try (wink).
Lelaki pun boleh. Hensem gilos kot lelaki dengan man-bun mereka (emoticon mata love). Aku sebenarnya dalam dilemma ni, bila kawen nanti takkan aku nak sanggul rambut time tido, tak seksilah, kahahahh!
Messy is sexy