Salam Syawal 1436H

Salam guys,

Kejap je dah hampir sebulan kita berpuasa pada tahun 2015 ni.
Sayangnya 10 malam terakhir ni kita sibuk habiskan dengan pergi ke Low Yat dan PWTC dari pergi ke masjid.
Gua sedih ni. Sedih. Entah dapat rasa lagi ke tidak Ramadhan tahun depan.

Di kesempatan ini, gua nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa saja yang baca blog ni. Gua nak mintak maaf andai ada tulisan-tulisan dalam blog ni yang menyinggung perasaan, sumpah gua tak sengaja, tiada niat lain melainkan sekadar suka-suka semata.


Kepada yang dapat cuti tu, pulanglah ke kampung, jangan dengar sangat saranan pakar motivasi suku masak tu. Gua sedih bila tengok orang tua-tua yang beraya sendirian sebab anak TAK NAK balik. Satu je gua nak cakap:
Hulurkan tangan ketika mereka masih ada untuk menyambutnya.

Dan kepada warga muda-mudi, tinggal-tinggal kan lah gajet anda barang sekejap. Beramah mesra lah dengan sanak saudara jiran tetangga. Apa guna gah dan femes di media sosial tapi in real life saudara sendiri pun tak kenal hangpa. 

Gua ingat tahun ni nak sediakan satu bakul. Sampai je anak-anak buah kat depan pintu rumah di kampuang, gua nak suruh masukkan segala gajet dalam tu. Kalau ingkar, takdak kipas dan kasih sayang untuk hangpa! Muahahaha!!


Selamat bergembira di hari raya di samping insan tersayang 

61 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Selamat hari raya aidilfitri zyra. hui3...

    sebagai peringatan, shopping lah di siang hari...hui3

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya.. hahah dah habis shopping seminggu b4 raya ><

      Delete
  2. salam aidilfitri ^^

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya jugok zyra...kui3....maaf zahir dan batin :]

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  6. jangan bagi pasword wifi if requested, instead bagi semperit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kampung gua mmg tadak wifi hanya ada semperit ><

      Delete
  7. Selamat Hari Raya!
    betul, kesian tgok orang tua yang beraya sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kaaaannn? tak berperikemanusiaan betui anak depa

      Delete
  8. Selamat Hari Raya juga.. :D

    Ketupat, lemang ,,, Kuih semprit. hahahahhaaa...................

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kenmain senaraikan makanan feberet ke bang? wahaha ><

      Delete
  9. yay selamat hari raya zyraa~
    rugged tol kasut raya dia. memang roxx lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha sekadar ilustrasi je, IRL kena baling dengan penyapu ><

      Delete
  10. buat macam gua, tahun lepas... handphone dan tab semua consider contraband.
    Kalau nak duit raya, jangan sentuh gajet gajet tu semua... gua takpe.. koh koh koh

    Selamat Hari Raya makcik Zygha... banyak betei masa nak update entri eik.. gua tak sempat lansom.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya haritu anak2 buah dah tak berapa nak hadap gajet sgt, dah insaf kot memasing, wahahaha

      Delete
  11. Tediaaa cun aih baju raya lu taon ni zygha, kaler purplish-grey pudar gitu, naise~ ;3

    Di hari raya aidilfitri,
    Ada lauk ikan patin,
    Semua ceria cantik berseri,
    Salam maaf zahir batin...

    pantun tak jadi, terima sajalah... kehkehkeh ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha entahlah kaler apa, huhuhu thanks Plain, gua tak reti nk membalasnya ><

      Delete
  12. Selamat hari raya aidilfitri zyra.
    Nak duit raya.
    Hehe :D

    ReplyDelete
  13. Wuhuuu....
    Selamat hari raya ~!

    ReplyDelete
  14. selamat hari ini. harap baca komen ni masa raya la ye. haha.

    bila nak mai rumah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah selamat hari ini tu mmg takleh blah. ah lu sejak dua tahun lepas lagi ckp nk beraya ke rumah gua.. =.=

      Delete
  15. Selamat hari raya Cik Adik Z.
    Sempena raya ni juga saya nak minta ampun maaf andai ada tersalah komen tersilap perlakuan sepanjang perkenalan kita.
    Budak acah2 deep akan kata "kenapa nak hari raya baru nak minta maaf, minta maaf tak perlu tunggu raya'
    tapi saya pula kata "hari raya laa kita minta maaf, hari lain bukan nak minta maaf pun..."

    Selamat hari raya maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha selamat hari raya cik abang C
      maafmu diterima, wahahaah ><

      Delete
  16. Selamat hari raya.tema baju aku merah merah delima.kahkah tadek motip bagitau

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya kakyong! Lebiuh muahmuahmuah ^^ Haha

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya zyra ! lawanya doodle raya dia. hehehe

    ReplyDelete
  19. Selamat almost hari raya Zyrrarox ^_^ . Comel doodle tu hisap lollipop . Jangan lupa berus gigi ( tetiba )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, thanks dik. takpe, gua gigi palsu ><

      Delete
  20. Camat awi waye.... Hehe Maaf diterima. Kuikuikui.
    Betul tuu. Ibu bapa jangan lupa. Gadget abaikan seketika.
    Salam aidilfitri :D
    Uhuk. Mintak duet raya sikit???

    p/s : Bukan main bergaya ye. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya, duit raya mintak kat cinderella, wkwwkwkw ><

      Delete
  21. kenapa kipas ea? kenapa kipas dan kasih sayang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu benda penting yg bebudak tu mahu bila balik kampung ><

      Delete
  22. Selamat hari raya makcik!maaf zahir batin.



    Maafla berlu gua selama ni walaupun dah tau lu tua dari gua...mana tau lu tersinggung selama ni.Gua mohon maaf ye.




    Dikesempatan ini juga gua nk ucapkan selamat hari raya pada peminat2 gua yg jauh dimata dekat dihati...











    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah maaf mu diterima sarep. maafin gua jugak.
      amboih? sempat lagi bagi ucapan artis? wkwkw ><

      Delete
  23. selamat hari raya kak zyra !
    jangan melantak banyak sangat :D

    ReplyDelete
  24. salam aidilfitri maaf zahir batin cik zyraroxx tuu ;p

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya maaf zahir batin zyra =)

    ReplyDelete
  26. Selamat hari raya... x sempat plak saya nk wat entri raya. huhu...

    ReplyDelete
  27. selamat hari raya zyra. maaf segala salah silap.
    haa tudia bagi bakul la boh gadget dlm tu hehe

    stylo gak tu berbaju kurung + boots =P

    ReplyDelete
  28. Selamat hari raya aidilfitri zyra. Maaf jika ada terguris hati atau terbuat salah selama ni..... Haha....dah seminggu lebih raya baru gua nak wish2 selamat hari raya ni.... :)

    ReplyDelete
  29. selamat hari raya! maaf la ye lambat wish. hahahaha.

    ReplyDelete
  30. hari ni syawal ke berapa eh? hehe salam aidilfitri zyra...

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape