Seram Satu Malam

Lokasi : rumah kawan
Waktu : tengah malam
Tempat : bilik belakang
Suasana : kelam, tadak lampu










Rekaan semata tiada mengena dengan yang hidup/mati.

Oh! Peniaga Melayu

Gua bangga jadi orang melayu. Even satu ketika dulu orang puteh penah mendefinasikan melayu sebagai satu bangsa yang malas dalam kamus mereka, atas campur tangan kerajaan malaysia makanya pekataan tersebut dikeluarkan. ah sudah, gua bukan cikgu sejarah hoi. (cikgu bahasa gua bagitau time belajar asal usul bahasa melayu form 6, tulah pentingnya sejarah, reti?) 

Gua tetap bangga even gua taktau samaada gua ini 100% berdarah melayu ke tidak, cewah bajet mix kunun, sila sekeh kepala gua beramai2.

Tapi gua tak bangga dengan peniaga melayu. serius.

Gua cuba sapot peniagaan melayu dengan membeli barang di kedai depa andai kawasan tu terdapatnya kedai melayu. tapi  mengapa peniaga melayu salu paksa gua ke kedai apek? ya depa memaksa gua dengan menyebabkan gua fedap dengan ayat berikut:




"tadak duit kecik lah dik"




Sungguh gua fedap dengan ayat tersebut. sesungguh-sungguh hati. bersungguh-sungguh bagai pemain bola sepak bermain, bagai ning baizura menyanyi lagaknya kesungguhan gua itu.



Wahai peniaga melayu (tak semua) tahukah anda apa itu deposit? Ya deposit. ingat pegi bank je guna istilah deposit? junub betei pemikiran. Amik contoh cashier. Ingat seorang cashier supermarket itu lenggang lenggok pi duk kat kaunter? Tak, depa akan bawak duit deposit yang diberi oleh pihak supermarket. cakap logiknya: mana depa nak cekau duit nak bagi balik balance kat customer?

Logik itu perlu jugak digunapakai untuk peniaga. Kalau jual udang tepi jalan tu, janganlah bawak diri dengan udang semata. Perlu diingat yang pelanggan ni bukannya bawak duit ngam ngam, cukup cukup RM4.50 untuk beli sekati udang.



Tapi gua sedih sebab bangsa lain reti, tahu, dan guna deposit. Apek paper misalnya. Abang gua hulur RM50 untuk satu paper berharga RM2.20 pagi2, diulang, awal pagi oke. Tanpa sebarang bunyi apek tu amik dan bagi balik balance RM47.80. Sebab? 

1. Sebab dia dah prepare deposit lah;
2. Dia faham kalau orang ada duit kecik takkan buta2 nak bagi duit besar-besar; dan
3. Dia tamau annoyingkan customer (jaga hati) sebab tu perniagaan maju!

Gua pegi kedai waktu pagi cakap tadak duit kecik, mungkin gua boleh tolerate lagi, yelah kedai baru bukak. Tapi time petang, malam pun manjang tadak duit kecik, meniaga apa ni? takkan gua sorang je customer? sedih gila kot kedai sebegitu.

Uncle india yang gua salu pi kedainya untuk beli susu dutch lady (bapak murah, lagi murah dari tesco) memberitahu gua bahawa dia salu pi bank tuka duit kecik untuk preparation. nampak tak? nampak tak cemana bangsa lain tangani isu duit kecik ni.



Salu sangat isu ni timbul, hatta time beli nasik pun. "takpela dik, esok2 lah bagi lagi 50 sen tu na". Bagi orang yang buta hati, memang takkan bagi dah, tapi gua jenis yang tak senang kalau sesuatu perkara tak settel, tak tidur malam gua mengingatkan gua ada berhutang. Esoknya gua pi beli lagi nasik berjumlah RM3.80 campo hutang 50 sen jadik RM4.30. "takpela dik, esok lah bagi lagi 30 sen ni" Aaargh! gua stress!

Nampak gaya macam gua kena bawak seuncang duit syiling ke mana2 sahaja persis santa claus membawak guni hadiah.

Banyak lagi kelemahan melayu. kalau nak ditulis, maunya 2,371 entri pun belum tentu dapat habis. 


Kamon peniaga melayu, WAKE UP.

Antara Ais-Pop Dan K-Pop

Haters gonna hate.

Gua tau ramai bloggers gugurl fanatik korea, mintak maap kalau entri kali ni menguris hati dan limpa lu orang sampai tak lalu nak berfesbuk :3

Gua pun hairan bin ajaib kenapa gua tak reti nak nonton drama2 korea apatah lagi nak minat sampai pingsan2. Mungkin sebab gua ni tak ayu, gua ganas bebb ganaszzaahh!! \m/

Persoalan yang salu diajukan ke gua:

kenapa gua tak suka korea? kenapa gua tak suka korea kenapa awat gua tak suka korea kenapa gua tak suka korea Y U No K-poping kenapa gua tak suka korea kenapa gua tak suka korea why dont u watch korean kenapakah gua tak suka korea mengapa gua tak suka korea?

Nah jawaban untuk soklan2 diatas:

1. Definisi hencem/cute yang berbeda

Soal hati dan perasaan serta taste-buds (jadah?) memasing adalah tak sama, mungkin laki korea bukan taste gua, jantan mat saleh jugak jadik kegemaran, awwwwhh. Nampak sangat betapa kuatnya penjajahan inggeris terhadap diri gua, kuhkuhkuh. (tapi lelaki melayu thethap beraja di hati, sapa bilang laki melayu tak menawan.. eh termenyanyi)

taste lu begitu taste gua begini *ouh m.shadows y u so kiuts?

2. Gua ditipu orang korea hidup-hidup

Memula pepuan kuria dimasuki ke malaysia dulu punyalah gua taksub akan kecomelan mereka, jeles, cemburu jangan cakaplah. Salu gua tertanya2 cemna depa boleh comey banget. Tapi rerupanya semua tu plastik semata! Cis gua terpedaya :3

sebelum dan sesudah, jem.

3. Lelaki bergaya feminin

Gua suka laki yang ada karisma, versatile, aura, tough, hormon kejantanannya yang terserlah. Arghh. ternyata lalaki kuria bukanlah jalan penyelesaiannya, jadah gua merepak =.='


4. Abang gua salu tipu gua

Dulu time gua masih kecik dan kpop belum tumbuh subur lagi di bumi malaya, abang gua salu nipu gua. Dia salu kuar rumah so sebelum kuar gua tanya nak kemana? (sebab gua suka ngikut). Pestu dia akan jawab "nak pi korea". Hangin satu badan gua! Tiap kali dia tamau bawak gua kuar bersama, tulah alasan beliau, sebab tu gua tak suka korea kot? mihmihmih.



Begitulah alasan gua, memang dua dunia kita berbeda. Harap tak menjejaskan persahabatan sesama kita, ewah, jum gua belanja ais k-pak a.k.a ais pop kat kedai pak mud, kuhkuh.

Tapi gua respect je kpop fans. Minat memasing, papehal pun kita still warga malaysia, kasilah minat yang lebih mendalam sikit pada retis malaysia, erkk.

P/S: gua penah jugak ikut siri Winter Sonata satu ketika dulu sebelum hormon gua bertukar kromosom, wahhh! err cita tu korea kan kan kan kan.

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape