KBAT Untuk Orang Dewasa

Hey guys,

Baru-baru ini yang tak berapa nak baru sebenarnya, aku ada ternampak notis dari Poslaju Malaysia berhubung dengan larangan mengepos barangan berbateri lithium seperti powerbank, laptop,  handphone dan yang sama kaum dengannya.

Maka, mencicit lah sebahagian netizen yang gemar membeli perkakas elektronik secara atas talian.
Antara komen yang aku baca (setelah diolah) :
ABC: Habis macamana nak beli powerbank??? Hish menyusahkan jelah Poslaju ni!
DEF: Henfon boleh beli tak? Kalau beli kat Lazada boleh tak??
XYZ: Sy tengok sampai je barang elektronik yg diorder. Saje je poslaju ni buat poyo..

Aku selalu cakap membaca itu penting. Tapi aku silap. Beruk pun kalau diajar, boleh jugak dia membaca. Yang penting sekarang adalah kefahaman. Baca dan faham. Bukan baca sekerat atau baca tajuk lepastu terus kena sawan pahlawan kekunci.



Kalau korang baca notis ni faham tak?
Tak faham jugak?

Lemme explains:
Larangan tu untuk barangan/parcel yang melalui penerbangan UDARA dan EMS (Express Mail Service). Pendek kata yang berkaitan dengan kapal terbang. Kalau kau duduk Perak, seller duduk KL, tak payah lah menggelabah nenen sebab Poslaju biasa guna lori, van atau truck je untuk deliver. Jadi takde masalah kalau nak order sedozen powerbank pun.

Ada sebab lah barang gitu dilarang menaiki pesawat. IATA bukan suka-suki je buat rules macamantu, mestilah berdasarkan fakta. Dan bukan jugak sebab Poslaju dengki korang beli powerbak tiap bulan ke apa. Ah kau apa tau? Janji nak dapat powerbank pink ASAP je.

Jadi sekarang ni kalau kau nak beli kat Lazada ke apa check lah dulu seller tu dok mana. Kalau nak jugak beli dari seller overseas, kau pilih lah courier service lain yang tak ikut cakap IATA. Ataupun yang pos ikut laluan air.. Biar lambat asalkan selamat gittchew.

Aku tak kerja dengan Poslaju, takde sedara kerja dengan Poslaju, tiada kaitan langsung dengan Poslaju. Aku cuma tak suka tengok Poslaju selalu diperkotak-katikkan oleh orang-orang yang berakal sejemput. They are just doing their jobs. Jobs kau pulak adalah jangan jadi bodoh. Simple.


Tak larat nak facepalm dengan rokyat Malaysia  

Kulit Berminyak

Hey guys!

Salam Syawal yang ke-_____ (korang isilah sendiri bila baca, hahahah sebenarnya dah lost count)

Sebelum raya haritu aku ada buang tebiat beli foundation. Tak pernah aku pakai foundation sebab muka aku jenis flawless bermiyak. Akibat pengaruh rakan sebaya aku pun cuba. Aku beli L'oreal Paris Infallible Pro-Matte 24HR Foundation. Harga asal RM99 kate ko. Aku beli lepas diskaun 50%, kalau tak, kosser mak.

Agak naif lah bila kau ingat dengan harga macamtu muka kau akan jadi plastik macam Barbie doll sepanjang hari, hahahah itulah aku. Kalau muka jenis normal mungkin okay. Tapi bagi kulit berminyak macam aku ni, mattenya hanya bertahan sekadar kurang dari 4 jam. Lagi 20 jam tu berangan dalam mimpi je lah.

Ini aku nak kongsi beberapa perkara dengan korang yang kulit berminyak jugak:-

1) Kau tak perlu risau sangat pasal jerawat. Makin tua makin hilang. Kau rileks je dulu sambil guna produk yang ada tea-tree oil. Zaman remaja aku agak mencabar. Aku guna Clean & Clear.

2) Jangan guna cleanser yang menjadikan kulit kering lepas cuci sebab kulit aku akan cakap "eh asal kering sangat ni?? Tingkatkan pengeluaran minyak dua kali ganda!" -Habis lah kau, makin berminyak perginya.

3) Seeloknya lepas cuci muka kau terus sapu pelembap. Jangan nak fefeeling muka kering tak berminyak sangat lah. Ini bagi mengelakkan situasi no. 2 di atas dari berlaku.

4) Gunakan masker dari jenis tanah liat. Aku pakai masker dua hari sekali. Lepas cuci cecepat letak pelembap sebab masker tu dah sedut banyak minyak, karang menggelabah lagi kilang minyak nak tingkatkan produktiviti.

5) Exfoliate kulit muka at least sekali seminggu. Kulit berminyak lebih cenderung untuk kumpulkan bermacam khazanah dalam pori-pori. Nak lawa kena rajin, kalau malas sila jadi hodoh. Cara aku, Guna je scrub lepas pakai masker. Heaven rasa lepastu kulit muka lembut macam bontot bayi.

6) TAK AKAN ada krim yang dapat menahan kulit dari berminyak. Melainkan kau tuang plastik yang telah dicairkan ke atas muka. Mungkin.

7) Sebenarnya krim yang dapat menahan muka dari berminyak ini tidak lah elok. Kau bayangkan empangan yang ditahan, kemudian kau bukak empangan tu. 

8) Blotting paper bukan satu benda wajib pun. Aku dah lama tak blot muka still gojes watt (ditampar).

9) Bersyukur. Trust me, kulit berminyak is wayyy much better dari dapat kulit yang kering kerepot dan sensitif.

10) Kulit berminyak ni awet muda. BEAR THIS IN MIND!

BONUS: Sekarang tengah in trend muka kilat-kilat. Orang lain susah payah sapu mekap nak kasi berkilat tapi kita semulajadi je berkilat. Bukankah itu satu keuntungan? >_<


Tak sungguh tak kata 

Sisi Positif

Heyyyy guyssss,

Remember me? Ngahaha (ketawa orang lupa diri).
Okay sebenarnya aku ada sangat banyak idea utuk blog. Tapi apa boleh buat, cemburu betul masa dengan aku. Nak korek hidung pun tak sempat.

Oh ya, selamat berpuasa kepada muslimin muslimat!
Harini aku nak cerita hal berkaitan Islamik sikit sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Bulan lepas aku ke ibu negara atas urusan peribadi. Aku dan beberapa orang kawan ke sebuah mall terkemuka bagi menjalankan urusan tersebut. Tipikal weekend, manusia melimpah ruah luar dan dalam. Lalu tiba waktu zuhur bagi kawasan Kualau Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kami bergilir ke surau mall. Mashaallah manusia.. Ramai bangat. Setan pun bisik suruh qado je nanti balik rumah, hahahah.

Tapi walaupun ramai manusia, masih agak selesa solat di situ. Takde bau hanyir simen basah. Takde bau kepam telekung yang diguna pelbagai orang. Alhamdulillah itu pun aku dah syukur sangat! Selesai solat, kami pun kembali ke kafe tempat berurusan dengan riang. Pejam celik pejam celik dah sampai hujung-hujung waktu asar. Amboi lama betul urusan di situ sampai staff kafe pun menyampah agaknya.

Sekembali ke surau. Ya ampunn masih ramai dan berpusu orang dalam tu. Aku tergelak kecil bila dengar kawan aku cakap "memang orang datang sini untuk beribadat je ke?" Agaknya mereka pun macam kami, sedaya upaya usaikan solat asar sebelum berangkat keluar dari mall.

Kemudian kami ke sebuah lagi mall untuk meneruskan urusan. Sampai situ dah maghrib hujung-hujung. Terus ke surau dan.. Ya Allah lagi ramai dari tadi. Tak tau lah sebab kapasiti surau yang kecik atau apa tapi aku nyaris nak Clausthorophobia, hahahaha. Solat pun tak sempat aminkan doa orang dah mintak telekung.

Dalam menghadapi situasi di atas mestilah aku mengomel dalam hati juga secara zahir pada yang sudi mendengar. Tapi bila difikirkan semula pengalaman tu, aku jadi seronok.

Aku sepatutnya rasa seronok tatkala membuka pintu surau dan terlihat aku akan limpahan umat manusia yang beratur untuk berwudhuk.
Aku sepatutnya rasa seronok bila 'berebutkan kain telekung wakaf surau. 
Aku sepatutnya rasa seronok bila pakai tudung pun main agak je sebab cermin penuh dengan wajah-wajah para muslimat lain.
Sebab? 

Alhamdulillah masih ramai umat Islam yang memegang Lima Waktu. 
Tak lupa solat walau dalam kesibukkan metropolis. 
Tak lupa solat walau menjinjing beg kertas yang pelbagai.
Tak lupa solat walau masih belum tergerak hati menutup aurat dengan sempurna.
Tak lupa solat walau sedang spend time dengan buah hati pengarang jantung.

Jika ditakdirkan tiap surau kosong, aku pasti aku gembira waktu tu. Tapi aku rasa kegembiraan aku tu takkan bertahan lama..

Jadi guys, penuhkan lah setiap surau!! 

 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape